Mamak Puteh

Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mamak Puteh ialah seorang pelawak dan pelakon Malaysia. Dia adalah anggota kumpulan puteh bersama dengan Ali yang menjadi naib juara Projek Komedi Warna 2015. Pada tahun 2016, mereka menyertai Maharaja Lawak Mega 2016 dan berjaya mara ke final lalu mendapat tempat ketiga.Selama 4 tahun mereka mencuba nasib untuk menyertai Maharaja Lawak Mega dan menggapai title juara.Dan pada tahun 2019 iatu tahun ke empat menyertai program tersebut, mereka menambah seorang ahli anggota baru iaitu Man raja lawak yang merupakan juara Raja lawak musim ke 5. Berkat usaha mereka mencuba akhirnya mereka dinobatkan sebagai juara untuk kali yang pertama.

Mamak Puteh

Pekerjaan Pelawak, pelakon, pelakon teater
Tahun aktif 2012 - sekarang
Kelahiran Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad
Pulau Pinang, Malaysia